Pengerusi iaitu ustaz Junaidi mahukan sebuah madrasah yang lebih berdikari di masa-masa akan datang. Kita memohon sumbangan sekali sahaja untuk pembinaan bangunan madrasah sudah ada kelengkapan kita boleh mandiri , macam-macam yang kita boleh buat di tanah wakaf madrasah ini. Anda pastinya teruja sesuatu pengalaman yang luar biasa seperti anda berada di luar negara dengan suhu yang mencecah sehingga 14 darjah celcius. Jika madrasah ini terbina dan mempunyai kelengkapan suatu hari nanti pastinya admin akan menghantar anak-anak belajar di sini. Makanan pelajar terjaga, pelajar di ajar bagaimana berkebun, menternak ikan, menternak kambing, bercucuk tanam. dan sebagainya.. Udara disini pastinya segar dan apa sahaja yang anda makan di sini pastinya rasa sedap. Udara yang bersih belum tercemar itulah yang akan membawa kepada kedamaian jiwa. InshaALLAH doakan semoga sebuah kolej Islam Sabah akan terbina di sini.. Kolej di tengah hutan..fuuh... seperti anda berada di negara New Zealand..Pastinya hanya ada di Sabah.
