Walaupun Jabatan Agama Islam daerah Ranau (JHEAINS) menghantar pelajar ke pusat latihan dakwah Keningau dan Kudat serta sekolah madrasah di Semenanjung, oleh kerana pengambilan yang terhad, menyebabkan masih ramai lagi muda-mudi yang tertunggu-tunggu dan mencari-cari tempat untuk menuntut ilmu agama. Oleh yang demikian, dengan adanya sekolah madrasah di daerah ini, bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tempat untuk menuntut ilmu agama, bahkan dapat memperbaiki kualiti bacaan dan hafazan AL-Quran serta dapat memperkembangkan ilmu dan kegiatan dakwah di daerah ini khususnya, amnya seluruh Negeri Sabah yang kian mencabar.
Akhir kata, dengan saranan dan sokongan dari pegawai Jabatan Agama Islam daerah Ranau, bahawanya sekolah madrasah ini perlu diwujudkan memandangkan keperluan yang amat mendesak. Dengan wujudnya madrasah ini juga, dapat mengurangkan gejala social,gejala lepak dan gejala yang kurang sihat di kalangan masyarakat terutama mudi-mudi Islam pada hari ini.
Tanpa usaha dan doa serta kerja sama muslimin dan muslimat bersama apa jua rancangan tidak akan tercapai. Semoga Allah S.W.T menerima segala ama kebaikan kita.
