Assalamualaikum w.b.r kepada saudara muslimin dan muslimat selamat datang ke blog rasmi Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum As-Sobirin yang baru sahaja di lancarkan.Berdepan dengan kemelut pandemik corona virus yang mana statistik sehingga kini tak ada tanda-tanda penurunan kes malahan terus meningkat penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH agar kita semua di hindari daripada penyakit merbahaya ini. Semoga anda semua dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.. Semoga setiap pemikiran , rasa, ilmu dan pengetahuan kita sandarkan kepada pandangan cahaya dan rahmat ALLAH kerana tiada sebesar zarah pun di dalam diri kita ni milik kita. Semuanya milik ALLAH S.W.T . Kita adalah sebaik-baik ciptaan ALLAH kerana di dalam diri kita ini terkandung AMANAH iaitu sebagai wakil Tuhan di jagat raya untuk memperkenalkan kepada manusia dan jin untuk kembali mencari AMANAH tersebut agar seluruh jagat raya ini penuh dengan ILMU PENGENALAN dan Tauhid sebenar-sebenar tauhid iaitu meng-ESA kan ALLAH pada dzat, sifat, perbuatan dan asmanya.
Blog ini bertujuan
untuk berkongsi setiap update mengenai madrasah ini. Madrasah ini di
asaskan oleh seorang anak bangsa mualaf dari suku kadazan dusun Sabah
yang tinggal nun jauh di pedalaman daerah Ranau, Sabah. Pengasas
madrasah inilah Ustaz Junaidi bin Tipoi Al_Hafiz yang mendapat kelulusan
dalam bidang ilmu tauhid, fekah, bahasa arab, nahu dan sorof dan ustaz
ini juga telah berjaya menghafaz Al-Quran 30 juzuk. Syukur ke hadrat
Allah kerana ada juga di dari suku bangsa admin yang berjaya menghafaz
al-quran 30 juzuk. Nak hafal al-quran ini bukan senang banyak payah dan
perihnya. Kepada sesiapa berjaya menghafaz al-quran ganjarannya di sisi
Allah, masyaAllah sehingga boleh menyelamatkan ahli keluarga di padang
masyar kelak.
Hari ini kita bercerita mengenai sejarah Madrasah ini. Madrasah ini telah di rancang sejak 10 tahun yang lalu. Dan pembinaan dan operasinya telah berjalan sekitar tahun 2013 sehinggalah ke hari ini iaitu memasuki tahun 2021. Dalam proses pembinaan madrasah ini pelbagai mehna dan tribulasi telah di harungi oleh pengasas tersebut. Bagaimana hebatnya dugaan yang datang melanda jika Allah dah tulis di lohmahfuz madrasah ini pasti terbina tidak boleh tidak akhirnya berjaya beroperasi berkat doa dan kesabaran dan tawakal berterusan akhirnya membawa sedikit sinar dan inshAllah akan berjaya.
Untuk pengetahun muslimin dan muslimat,Kampung Sosondoton, Ranau Sabah mempunyai sejarah penting mengenai salah satu pusat penyebaran islam di kalangan bangsa kadazandusun yang mana di sinilah Islam dari suku kadazandusun mula bertapak dan akhirnya tersebar ke merata negeri Sabah. Kampung inilah mempunyai lipatan sejarah yang begitu besar dan berterima kasih kepada Al-Marhum Naiman antara yang memulakan penyebaran Islam dari suku kadazan dusun. Al-Marhum telah berpindah ke daerah kecil Sook iaitu salah satu daerah yang berada nun jauh di pedalaman Keningau, Sabah. Syukur ke hadrat Allah kerana jasa Al-Marhum ini maka hari ini admin telah menikmati cahaya Iman sebenar iaitu Islam.
Baru-baru
ini anda pasti mendengar berita banjir dan tanah runtuh di beberapa
daerah di sabah bukan? Kampung Sosondoton dan Madrasah Tahfiz Miftahul
Ulum As-Sobirin juga turut menerima nasib yang sama iaitu berlaku tanah
runtuh betul-betul di posisi bangunan madrasah ini. Madrasah ini
terpaksa di tutup operasi untuk sementara waktu demi keselamatan para
pelajar dan penghuni asrama madrasah tambahan pula tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan ( PKP) pun belum berakhir. Nasib baik lah ia terjadi
waktu PKP ketika kerajaan mengarahkan penutupan setiap sekolah.
Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan sesuatu tu sia-sia pasti mengandungi
hikmah, faedah dan gunanya.. Syukur alhamdulillah semua selamat.
Dalam
Jangka waktu beberapa hari sahaja ustaz Junaidi yang juga pengerusi
madrasah ini terus berusaha agar tidak boleh di hentikan demi ilmu dan
anak bangsa di sekitar Kg Sosondoton ini. Beliau segera bertindak dan
hari ini sebuah tanah wakaf baru madrasah bakal terbina dan lokasi sudah
di kenal pasti.. Alhamdulillah. Madrasah yang baru ini memerlukan
sokongan dan sumbangan daripada muslimin dan muslimat membantu dari segi
wang ringgit demi menyiapkan bangunan madrasah ini agar program
pendidikan Islam dan dakwah kembali berjalan seperti biasa.
Terasa
sayu, sedih,dan air mata admin berlinangan melihat usaha dan kerja
keras daripada pengerusi ini. Bayangan pengerusi terpaksa menjual kuih,
membuka kedai runcit, menanam sayur-sayuran, menternak kambing dalam
usaha agar madrasah ini terus berjalan. Perkara sebegini sepatutnya
menjadi kewajibpan kita sebagai orang Islam dalam membantu Saudara
seakidah kita lagi-lagi dalam perkara yang memberi impak yang besar
terutama dalam usaha pendidikan dan dakwah islam di negeri ini yang mana
jika di lihat perbandingan pendidikan dan dakwah Islam Sabah dan
Semenanjung . Sabah betul-betul ketinggalan. Ketinggalan beribu-ribu
batu dari segi prasarana pendidikan,guru-guru dan sebagainya.. Ayuh
muslimin dan muslimat kita bantu madasah ini. Kita bantu seikhlas yang
mampu.
Admin sendiri berjumpa dengan pengerusi
madrasah ini , setelah berjumpa akhirnya admin bertambah yakin dengan
wawasan misi dan visi madrasah ini yang mana suatu hari nanti anak
bangsa akan melihat satu destinasi " perkampunga akhir zaman" madrasah
yang berada betul-betul di tengah hutan tanpa merosakan kelestarian alam
dan fauna. Pengalaman di sini turut mengujakan yang mana lokasi
madrasah betul-betul berlatar belakangkan dua puncak gunung tertinggi di
Malaysia iaitu gunung Kinabalu dan TrusMadi. MasyaALLAH!! Sungguh
menakjub dan maha hebat ciptaan Tuhan. Suasana dan suhu persekitaran
sangatlah sejuk sehingga mencecah 15 darjah celcius sangat mengujakan
bibir dan sanubari tak akan henti-henti memuji Tuhan. Semoga suatu hari
nanti anda berkesempatan berkunjung ke sini. Mungkin masa itu madrasah
ini dah mencapai gilang gemilang hasil berkat infaq yang anda berikan..
Jom menderma.. jangan lupa share mana-mana media sosial kerana share
juga adalah salah satu cara membantu madrasah ini..

