Assalamualaikum w.b.r kepada saudara muslimin dan muslimat selamat datang ke blog rasmi Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum As-Sobirin yang baru sahaja di lancarkan.Berdepan dengan kemelut pandemik corona virus yang mana statistik sehingga kini tak ada tanda-tanda penurunan kes malahan terus meningkat penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH agar kita semua di hindari daripada penyakit merbahaya ini. Semoga anda semua dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.. Semoga setiap pemikiran , rasa, ilmu dan pengetahuan kita sandarkan kepada pandangan cahaya dan rahmat ALLAH kerana tiada sebesar zarah pun di dalam diri kita ni milik kita. Semuanya milik ALLAH S.W.T . Kita adalah sebaik-baik ciptaan ALLAH kerana di dalam diri kita ini terkandung AMANAH iaitu sebagai wakil Tuhan di jagat raya untuk memperkenalkan kepada manusia dan jin untuk kembali mencari AMANAH tersebut agar seluruh jagat raya ini penuh dengan ILMU PENGENALAN dan Tauhid sebenar-sebenar tauhid iaitu meng-ESA kan ALLAH pada dzat, sifat, perbuatan dan asmanya.
Blog ini bertujuan untuk berkongsi setiap update mengenai madrasah ini. Madrasah ini di asaskan oleh seorang anak bangsa mualaf dari suku kadazan dusun Sabah yang tinggal nun jauh di pedalaman daerah Ranau, Sabah. Pengasas madrasah inilah Ustaz Junaidi bin Tipoi Al_Hafiz yang mendapat kelulusan dalam bidang ilmu tauhid, fekah, bahasa arab, nahu dan sorof dan ustaz ini juga telah berjaya menghafaz Al-Quran 30 juzuk. Syukur ke hadrat Allah kerana ada juga di dari suku bangsa admin yang berjaya menghafaz al-quran 30 juzuk. Nak hafal al-quran ini bukan senang banyak payah dan perihnya. Kepada sesiapa berjaya menghafaz al-quran ganjarannya di sisi Allah, masyaAllah sehingga boleh menyelamatkan ahli keluarga di padang masyar kelak.
Hari ini kita bercerita mengenai sejarah Madrasah ini. Madrasah ini telah di rancang sejak 10 tahun yang lalu. Dan pembinaan dan operasinya telah berjalan sekitar tahun 2013 sehinggalah ke hari ini iaitu memasuki tahun 2021. Dalam proses pembinaan madrasah ini pelbagai mehna dan tribulasi telah di harungi oleh pengasas tersebut. Bagaimana hebatnya dugaan yang datang melanda jika Allah dah tulis di lohmahfuz madrasah ini pasti terbina tidak boleh tidak akhirnya berjaya beroperasi berkat doa dan kesabaran dan tawakal berterusan akhirnya membawa sedikit sinar dan inshAllah akan berjaya.
Untuk pengetahun muslimin dan muslimat,Kampung Sosondoton, Ranau Sabah mempunyai sejarah penting mengenai salah satu pusat penyebaran islam di kalangan bangsa kadazandusun yang mana di sinilah Islam dari suku kadazandusun mula bertapak dan akhirnya tersebar ke merata negeri Sabah. Kampung inilah mempunyai lipatan sejarah yang begitu besar dan berterima kasih kepada Al-Marhum Naiman antara yang memulakan penyebaran Islam dari suku kadazan dusun. Al-Marhum telah berpindah ke daerah kecil Sook iaitu salah satu daerah yang berada nun jauh di pedalaman Keningau, Sabah. Syukur ke hadrat Allah kerana jasa Al-Marhum ini maka hari ini admin telah menikmati cahaya Iman sebenar iaitu Islam.
Baru-baru ini anda pasti mendengar berita banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di sabah bukan? Kampung Sosondoton dan Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum As-Sobirin juga turut menerima nasib yang sama iaitu berlaku tanah runtuh betul-betul di posisi bangunan madrasah ini. Madrasah ini terpaksa di tutup operasi untuk sementara waktu demi keselamatan para pelajar dan penghuni asrama madrasah tambahan pula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) pun belum berakhir. Nasib baik lah ia terjadi waktu PKP ketika kerajaan mengarahkan penutupan setiap sekolah. Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan sesuatu tu sia-sia pasti mengandungi hikmah, faedah dan gunanya.. Syukur alhamdulillah semua selamat.
Dalam Jangka waktu beberapa hari sahaja ustaz Junaidi yang juga pengerusi madrasah ini terus berusaha agar tidak boleh di hentikan demi ilmu dan anak bangsa di sekitar Kg Sosondoton ini. Beliau segera bertindak dan hari ini sebuah tanah wakaf baru madrasah bakal terbina dan lokasi sudah di kenal pasti.. Alhamdulillah. Madrasah yang baru ini memerlukan sokongan dan sumbangan daripada muslimin dan muslimat membantu dari segi wang ringgit demi menyiapkan bangunan madrasah ini agar program pendidikan Islam dan dakwah kembali berjalan seperti biasa.
Terasa sayu, sedih,dan air mata admin berlinangan melihat usaha dan kerja keras daripada pengerusi ini. Bayangan pengerusi terpaksa menjual kuih, membuka kedai runcit, menanam sayur-sayuran, menternak kambing dalam usaha agar madrasah ini terus berjalan. Perkara sebegini sepatutnya menjadi kewajibpan kita sebagai orang Islam dalam membantu Saudara seakidah kita lagi-lagi dalam perkara yang memberi impak yang besar terutama dalam usaha pendidikan dan dakwah islam di negeri ini yang mana jika di lihat perbandingan pendidikan dan dakwah Islam Sabah dan Semenanjung . Sabah betul-betul ketinggalan. Ketinggalan beribu-ribu batu dari segi prasarana pendidikan,guru-guru dan sebagainya.. Ayuh muslimin dan muslimat kita bantu madasah ini. Kita bantu seikhlas yang mampu.
Admin sendiri berjumpa dengan pengerusi madrasah ini , setelah berjumpa akhirnya admin bertambah yakin dengan wawasan misi dan visi madrasah ini yang mana suatu hari nanti anak bangsa akan melihat satu destinasi " perkampunga akhir zaman" madrasah yang berada betul-betul di tengah hutan tanpa merosakan kelestarian alam dan fauna. Pengalaman di sini turut mengujakan yang mana lokasi madrasah betul-betul berlatar belakangkan dua puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu gunung Kinabalu dan TrusMadi. MasyaALLAH!! Sungguh menakjub dan maha hebat ciptaan Tuhan. Suasana dan suhu persekitaran sangatlah sejuk sehingga mencecah 15 darjah celcius sangat mengujakan bibir dan sanubari tak akan henti-henti memuji Tuhan. Semoga suatu hari nanti anda berkesempatan berkunjung ke sini. Mungkin masa itu madrasah ini dah mencapai gilang gemilang hasil berkat infaq yang anda berikan.. Jom menderma.. jangan lupa share mana-mana media sosial kerana share juga adalah salah satu cara membantu madrasah ini..



