Monday, October 23, 2023

Wakaf Pembinaan Bangunan Baru Madrasah


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan kebijaksanaan-NYA dalam mengatur seluruh jagat raya ini sehingga tidak ada sesuatu pun yang terlepas di dari pengawasan-NYA jua. Keredaan dan rahmatnya sentiasa terpancar, mengalir dan terbit dari pandangan hati nurani setiap yang bernama insan yang membuka kepada jalan menuju tauhid yang sempurna iaitu insan yang mengenal ALLAH SWT secara rohaniah yang menyambung terus ke roh Sang Kekasih-NYA Muhammad S.A.W. Bumi yang di penuhi dengan pelbagai citra warna kehidupan adalah amanah daripada Allah SWT dalam menanam cintakasih NYA kepada sang Kekasih Muhammad SWT dan setiap yang bernama Insan ini mempunyai hubungan ikatan cintakasih daripada Baginda SAW untuk mengurus alam ini sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri yang cintakan kedamaian , ketenangan, kebersihan dan kebahagiaan. Telah tersemat rapi cara pengelolaan jagat raya ini sebagaimana yang di tunjukkan oleh Baginda SAW melalui sifatnya Siddeq, Amanah, Fatonah dan Tabligh. Sifat inilah yang perlu di ikuti dan di tonjolkan dalam semua aspek kehidupan agar bumi ini dihiasi dengan kemakmuran , kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan yang utuh agar rahmat dan keredaan ALLAH sentiasa memayungi kita semua. Syukur Alhamdulillah berkat cintakasih dan sayang yang di atur oleh ALLAH terzahir dari hati setiap muslim yang terpilih maka terbinalah sebuah Surau yang sungguh cantik di Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum As-Sobirin . Lokasi yang sangat terpencil terpaksa melewati bukti bukau, hutan, jalan yang menggerikan akhirnya berjaya di siapkan. Dengan berlatar belakangkan dua gunung tertinggi di Malaysia iaitu gunung kinabalu dan gunung trus madi menjadikan kawasan madrasah ini sungguh cantik.